“Dia Sekolah International Lah, Tengah Summer Break” – Netizen Pertikai Sekolah Aaisyah, Che Ta Bersuara

Hiburan

“Dia Sekolah International Lah, Tengah Summer Break” – Netizen Pertikai Sekolah Aaisyah, Che Ta Bersuara

Sejak usia semakin meningkat, anak kepada pelakon Rozita Che Wan iatu Aaisyah Dhia Rana sering menjadi tumpuan orang ramai dengan kecantikannya serta cara dia bersolek seperti orang dewasa.

Biarpun mendapat pujian dengan kecantikan yang dimiliki, ada juga yang mengecam hingga mempertikaikan pendidikan anak bongsu Rozita Che Wan atau mesra dikenali sebagai Che Ta itu.

Advertisement

Bagi menjawab persoalan orang ramai, Che Ta berkata dia menghantar Aaisyah ke sekolah antarabangsa, jadinya ketika ini mereka sedang bercuti musim panas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1)

Melalui perkongsiaannya di Instagram itu, Che Ta turut memperjelaskan bahawa biarpun sedang bercuti musim panas, masih ada guru yang datang ke rumah untuk mengajar anak perempuannya mengaji Al-Quran.

Jangan gatal nak kata anak kami tak p sekolah naaa. Mengaji pun dia bersiap. Kalo tak makeup, dia dok topup inai.

Dalam pada masa yang sama, Che Ta juga tidak menghalang untuk anak kecilnya itu bermekap jika itu boleh membuatnya bahagia serta senang hati.

Terdahulu pelakon jelita ini pernah menegur sikap segelintir netizen di Instagram yang tidak berpuas hati melihat anaknya bersolek pada usia kecil dan Che Ta sama sekali tidak menghalang jika itu merupakan minatnya.

2 years ago

"Jaga Tepi Kain Sendiri" - Rozita Che Wan Bahasakan Netizen Tak Puas Hati Tengok Aaisyah Bersolek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...