Tular di laman Twitter, beberapa hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan rakaman dashcam satu kejadian kemalangan jalan raya telah menjadi perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat sebuah kenderaan jenis Myvi telah meluru dengan laju melanggar sebuah kenderaan jenis Avanza dari arah belakang sehingga hilang kawalan dan menyebabkan pelanggaran beberapa kenderaan lain.
Difahamkan, pemandu kenderaan Myvi yang menjadi punca kemalangan melibatkan 5 kenderaan itu rupa-rupanya berada dalam keadaan tidak stabil kerana berada dibawah pengaruh ganja.
Kereta yang disyaki langgar, hood terlipat dan tayar kiri hilang.
Malah, orang ramai yang berada di tempat kejadian turut menemukan sejenis alat untuk menghisap ganja di dalam kenderaan pemandu Myvi tersebut yang turut mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi.
— * (@anthraxxx781) June 6, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu Myvi yang memandu dalam keadaan ‘high’ dan telah membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.
Menyusahkan orang! nak mabuk pergi mabuk sampai mati dalam bilik tu. – Netizen.
“One of the reason I’m not support for legalised weed in Malaysia sebab consumer weed ada yangg bodoh macam dia ni. Terlalu bodoh untuk bezakan masa dan tempat for consume weed,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.