(VIDEO) “Bila Rempit Pakai Uniform” – Tengking Pelajar Hanya Sebab Tak Bawa Kad Matrik, ‘Guard’ Teruk Dikecam

Kehidupan

(VIDEO) “Bila Rempit Pakai Uniform” – Tengking Pelajar Hanya Sebab Tak Bawa Kad Matrik, ‘Guard’ Teruk Dikecam

Negara Malaysia sememangnya negara yang sangat menitikberatkan tentang adab apabila berbicara dengan sesama sendiri kerana itu merupakan cara untuk kita hormat menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat satu video tular di platform Twitter memaparkan cara pengawal di sebuah universiti yang terletak di negeri Nilai berbicara seakan-akan tidak beradab terhadap seorang pelajar.

Advertisement

Difahamkan dari video yang dimuat naik, pengawal tersebut telah meminta kad matrik pelajar berkenaan, namun pelajar itu tidak membawanya ketika itu.

Pelajar terbabit mengakui kesalahannya kerana tidak membawa kad matrik, bagaimanapun cara percakapan pengawal tersebut untuk menegur mereka sememangnya dianggap tidak beradab. Tambah pula, suara yang dilontarkan oleh pengawal terbabit ketika itu sememangnya kuat.

Apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi pelajar terbabit dan berkata kesalahan memang ada pada pelajar berkenaan, namun sebagai pengawal di sebuah universiti, dia seharusnya menunjukkan contoh serta adab yang elok kepada pelajar baharu.

komen twitter

komen twitter

Dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa geram kerana boleh saja pengawal berkenaan tegur dengan cara yang lebih baik daripada bersikap kurang ajar seperti yang ditunjukkan di dalam video tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

6 bulan lalu

"Dah Macam Kena Cili Api" - (VIDEO) Wanita Tunjuk Tutorial Cukur Bulu Muka, Tapi Benda Lain Yang Jadi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    June 7, 2022 at 11:29 am

    sorry. tak nampak kt mana yg tggi suara / tengking spt yg dinyatakan oleh nurtizen.

    dia saja buat random check sbb tgk pelajar lelaki dan perempuan berduaan naik kereta. nk bg korg gelabah je laa.

    yg pelajar pun usung je laa kad matrik tu ke sana sini, kot2 eksiden berdua tgh jalan, tau laa org2 atas jalan tu nk hubungi sape…

    bdk2 zaman skrg ni lembik, mnde kecik hal mcm ni pun nk upload mintak viral. sikit2 nk viral. matang laa sikit weiiiii. baru 1st year dh bajet bagus

Loading...