Sejak membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung, apa sahaja dibuat Alya Iman sering meraih perhatian ramai terutamanya di media sosial.
Anak kepada pelakon lelaki, arwah Azmil Mustapha itu juga dilihat semakin berani dalam berfesyen dan menggayakan outfit yang seksi.
Terbaru, video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang merupakan rakan Alya telah mendapat perhatian segelintir warganet apabila mereka dilihat mesra.
Menerusi rakaman itu, Alya dan kawannya dilihat gembira menyanyi dengan berlatar belakangkan lagu trending di TikTok sambil berpelukan.
Ramai dilihat memuji kecantikan Alya yang sedang mencuci papan pemotong di sinki namun ada juga yang mengkritik pelakon muda itu.
Seorang individu bagaimanapun sempat meninggalkan komen dan berkata tindakan mereka itu nampak seperti pasangan sejenis.
Lesbo (Lesbian).”