“Berhenti Kaitkan Saya Dengan Arwah Abah” – Alya Iman Sedih Nama Azmil Mustapha ‘Dipetik’ Netizen

Hiburan

“Berhenti Kaitkan Saya Dengan Arwah Abah” – Alya Iman Sedih Nama Azmil Mustapha ‘Dipetik’ Netizen

Pelakon Alya Iman mengakui dirinya masih lagi berdepan dengan kritikan warga maya mengenai penampilan barunya yang kini tidak lagi berhijab.

Jelas Alya, komen-komen netizen kadangkala membuatkan hatinya terguris meskipun tidak seteruk dahulu dan dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Saya terima sahaja, kadang-kadang saya tak baca dan buat tak tahu tapi apa sahaja yang orang nak cakap tentang baik buruk saya, saya terima.

Sehingga kini pun masih ada lagi komen-komen negatif tapi saya okay sebab saya tahu tak semua orang boleh terima keputusan yang saya buat sekarang ini.

Alya dalam pada itu turut memohon kepada netizen di luar sana agar tidak lagi mengaitkan dirinya dengan arwah bapanya, Allahyarham Azmil Mustapha.

Masa arwah babah ada, betul dia ada tegur saya mengenai pakai tudung dan sebagainya tapi sekarang adalah keputusan saya.

Saya harap selepas ini tak ada dah orang sebut nama arwah babah kerana nak cakap pun dia sudah tiada dalam dunia ini.

Pelakon drama Senafas Rindu ini berkata dia tidak kisah jika orang ramai di luar sana ingin menyalahkan dirinya namun jika menyentuh perihal bapa, perkara itu ternyata telah membuatkan dirinya sedih.

Alya sebelum ini yang bertudung litup membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan mengakui lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit.

Amylea
10 months ago

Dituduh Simpan Arak Dalam Rumah, Muka Tak Ada Nur, Amylea Azizan Tuntut Permohonan Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...