(VIDEO) MB Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi, Didakwa Pagi Ini – “Lima Trak FRU ‘Standby’ Depan Mahkamah”

Berita

(VIDEO) MB Kedah Sanusi Ditahan Polis Jam 3 Pagi, Didakwa Pagi Ini – “Lima Trak FRU ‘Standby’ Depan Mahkamah”

Memetik Astro Awani, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan telah ditahan oleh polis sekitar pukul 3 pagi tadi di sebuah hotel bertempat di ibu negara bagi menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan di mahkamah, pagi ini.

Sanusi difahamkan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor dengan menaiki sebuah kenderaan MPV.

Advertisement

Video memaparkan Menteri Besar Kedah itu ditahan turut menjadi tular di media sosial sejak malam semalam.

Laman berita Malaysia Gazette juga melaporkan bahawa lebih lima trak Unit Simpanan Persekutuan dan trak Light Strike Force PDRM disediakan di hadapan IPD Gombak sebagai persiapan awal menjelang kes pertuduhan ke atas Sanusi di Mahkamah Selayang pagi ini.

Sanusi bakal didakwa di atas Akta Hasutan dipercayai berkaitan kenyataan beliau yang menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih Menteri Besar negeri itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette)

Dia akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] kerana perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raya (Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor)

Jika sabit kesalahan, Sanusi boleh didenda tidak melebihi RM5,00a tau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahu atau kedua-duanya sekali.

bayi 10 bulan dadah
10 months ago

Bayi 10 Bulan Positif Dadah Jenis Syabu, Ibu Muda Diberkas - "Tiba-Tiba Tingkah Laku Tidak Terkawal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...