Bayi 10 Bulan Positif Dadah Jenis Syabu, Ibu Muda Diberkas – “Tiba-Tiba Tingkah Laku Tidak Terkawal”

Berita

Bayi 10 Bulan Positif Dadah Jenis Syabu, Ibu Muda Diberkas – “Tiba-Tiba Tingkah Laku Tidak Terkawal”

Seorang wanita bergelar ibu dilaporkan telah diberkas pihak polis setelah bayi perempuannya yang baru berusia 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid di mana dia memaklumkan mengenai penahanan wanita itu setelah pihak mereka mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.

Advertisement

Bayi berkenaan dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibu mangsa berusia 22 tahun kerana ingin membeli barang.

Ketika mahu tidur, bayi itu tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan wanita itu telah menjalani ujian saringan awal air kencing dan mendapati dia positif dadah jenis berkenaan.

Bayi tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di hospital – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan berita trending di pautan di bawah.

Baby Adeena lumpuh saman 5 juta
10 months ago

Bayi Lumpuh Menang Saman 5 Juta Sebab Kecuaian Hospital Awam, Jangka Hayat Hanya Sampai 23 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...