(VIDEO) “Masuk Masjid Macam Pengganas Besar” – Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau SOP

Berita

(VIDEO) “Masuk Masjid Macam Pengganas Besar” – Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau SOP

Baru-baru ini tular di laman Facebook, video memaparkan seorang individu yang merakam anggota polis sedang bertugas memantau prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di sebuah masjid sekitar Batu 14, Puchong.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, video berdurasi 29 saat dengan kapsyen ‘Masuk Masjid Macam Pengganas Besar, Allah’ itu kini berada dalam siasatan.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 petang ketika anggota berpangkat Koperal terbabit menjalankan rutin pemantauan solat Jumaat dan SOP di kawasan pentadbiran Balai Polis Bukit Puchong.

polis

Anggota itu menerangkan SOP terbaru bagi Selangor yang mana jemaah berhasrat menunaikan solat Jumaat perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 serta dos penggalak sebelum dibenarkan masuk.

Jelas Abd. Khalid, satu laporan polis telah dibuat berhubung penularan video berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut.

Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

solat jumaat
3 years ago

"Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak" - Masjid Tetapkan Syarat Lengkap 'Booster' Baru Boleh Masuk?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...