Penyanyi legend, Datuk M. Daud Kilau atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Gelek Malaysia pernah terkenal dengan lagu-lagu seperti Cek Mek Molek dan Gila Judi.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 84 tahun itu kini lama menyepi gara-gara kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Difahamkan, M. Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Bin Kilau menghidap penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas kaki dan tangan.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Linda Zakaria telah berkongsi keadaan terkini bekas pemenang Bintang Radio itu.
Menerusi video tersebut, M. Daud Kilau dilihat berkerusi roda namun masih mampu untuk menghiburkan hati orang ramai.
Bukan itu sahaja, surara beliau yang menyanyikan lagu Cek Mek Molek itu masih kekal sama dan sedap didengari.
Meninjau di ruangan komen, ramai peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat persembahan M. Daud Kilau.
Malah, mereka turut mendoakan kesihatan penyanyi berasal dari Bagan Datoh, Perak itu agar dapat kembali sihat seperti sediakala.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.