“Satu Agenda, Iluminati!” – Tsumawi, Kain Ela Mawi & Aduh Saleha, Fenomena ‘Mawi World’ Menggamit Kenangan

Hiburan

“Satu Agenda, Iluminati!” – Tsumawi, Kain Ela Mawi & Aduh Saleha, Fenomena ‘Mawi World’ Menggamit Kenangan

Program hiburan Akademi Fantasia pada awal kemunculan sememangnya telah menjadi sebutan dan kegilaan sekitar awal tahun 2000 yang lalu.

Jika anda mengikuti program tersebut, edisi ketiga Akademi Fantasia yang mengangkat penyanyi Mawi sebagai juara pada tahun 2005 telah mencetuskan fenomena yang luar biasa pada rakyat Malaysia pada ketika itu.

Advertisement
MAWI WORLDSumber : GOOGLE  
Mawi worldSumber : Google  

Baru-baru ini, satu perkongsian mengenai fenomena Mawi World kembali menjadi topik perbualan warga maya di TikTok dan Twitter.

Seperti satu perkongsian di TikTok ini, ternyata penyanyi Mawi telah membawa satu ‘fenomena’ sehingga ia diperkatakan satu Malaysia tidak kiralah lelaki perempuan, tua dan muda.

Aku tak minat Mawi, bukan benci, cuma tak minat, minat mana boleh paksa kan. Sebab bagi aku kegemilangan Mawi World AF3 tahun 2005 adalah satu fenomena yang overrated, satu agenda, illuminati.

Katanya lagi, setiap orang bukan sahaja di bandar malah di ceruk kampung turut membincangkan mengenai populariti Mawi pada ketika itu serta kehebatan penyanyi itu mengalunkan lagu Aduh Saleha.

Jika anda nak tahu, antara produk yang membawa Mawi sebagai muka depan antaranya ialah mi segera jenama Mamee, minyak wangi Mawi, baju kelawar Mawi, kain ela Mawi, kek lapis Tsumawi dan para peniaga saling menggunakan nama penyanyi itu sebagai pelaris barang dagangan mereka.

Lebih epik lagi, bekas tunang Mawi pada ketika itu iaitu Ina Naim turut dijemput ke atas pentas untuk menyanyi kepada Mawi.

Live dia putus tunang serentak dengan live majlis kahwin Siti Nurhaliza. Ada yang sampai letak tv sebelah-sebelah nak tengok 2-2 program.

Namun, pertunangan Ina dan Mawi terputus di tengah jalan dan Mawi pula bernikah dengan pelakon Ekin setelah tamat pengajian di Akademi Fantasia manakala Ina menemui jodoh dengan suami, penyanyi nasyid In-Team Suhaimi Saad.

Mawi InaSumber : Google  

Anda ada pengalaman dengan fenomena Mawi World? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

BACA: “Tak Perlu Kaya Untuk Bahagia” – Video Ina Naim Gelakkan Suhaimi Saad Bergigi Rongak Buat Netizen Terhibur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TWITTER

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...