Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Jesot Ahmad yang memaparkan seorang wanita yang sedang menyelamatkan seekor kucing telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dilihat wanita itu telah menjumpai seekor kucing yang diikat lehernya pada sebuah tiang di sebuah bangunan terbiar.
Sejurus melihat keadaan tersebut, wanita itu cuba untuk melepaskan ikatan tali pada leher kucing berkenaan.
Menurut wanita itu, pada awalnya dia hanya terdengar bunyi anak kucing namun tidak menyangka menjumpai ibu kucing tersebut yang seperti sengaja diikat disitu.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 2M tontonan, 178.7K tanda suka, dan 8.6K komen di aplikasi TikTok.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan kejam individu yang sengaja mengikat kucing itu disitu dan dibiarkan tanpa makanan atau minuman.
Kenapa tak bagi makan dulu.. before di tinggalkan – netizen.
“Dunia akhir zaman manusia makin lama makin kejam Allahuakbar,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.