(VIDEO) “Terus Cabut” – Lelaki ‘Kantoi’ Cuba Pecah Masuk Rumah, Lari Lepas Nampak CCTV

Kehidupan

(VIDEO) “Terus Cabut” – Lelaki ‘Kantoi’ Cuba Pecah Masuk Rumah, Lari Lepas Nampak CCTV

Viral di media sosial Twitter baru-baru ini, satu hantaran daripada seorang pengguna yang mendedahkan perbuatan seorang lelaki yang cuba untuk memecah masuk rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video rakaman CCTV, dilihat kelibat seorang lelaki menunggang motosikal yang cuba membuka cermin pintu gelangsar atau sliding door rumah berkenaan ketika penghuni sedang bekerja.

Advertisement

Difahamkan, kejadian berlaku di Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur pada pukul 5.47 petang, semalam.

rompak

Aku pelik sebab sliding door belah tu tak pernah pakai.

Malah, lelaki itu turut cuba untuk mengeluarkan ‘sesuatu’ dari beg bagi membuka pagar namun selepas ternampak CCTV, dia terus melarikan diri.

Bagaimanapun, pemilik video telah berjaya mendapatkan nombor pendaftaran motosikal lelaki itu dan dipercayai adalah nombor yang didaftarkan atas sebuah kereta jenis Toyota.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meninggalkan pesanan agar pemilik rumah supaya sentiasa berhati-hati walaupun di siang hari.

Pukul 5 petang time peak hour orang balik kerja buat job. Berani sangat ni – netizen.

Gate kena mangga bro lepas ni. Tak kira siang ke malam. Ada orang kat rumah pun mangga je. Lebih selamat. Orang macam ni dia hati kering. Kena berjaga selalu,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

warga emas selamba baring dalam mrt
2 years ago

"MRT Tu Bapak Dia Punya Kot" - Selamba Baring Tak Fikir Orang Keliling, Wanita Warga Emas Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...