Viral di media sosial TikTok di mana video menunjukkan sebuah kereta dilihat terbakar dalam api yang marak ketika dalam perjalanan menaiki bukit ke Genting Highlands.
Melalui video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Kasman, dikatakan kereta tersebut terbakar kerana air di dalam kereta terlalu panas.
Menerusi ruangan komen video TikTok itu, pemandu kereta dan penumpang yang juga termasuk isteri dan tiga orang lagi anak mangsa selamat semasa kebakaran berlaku.
Selain itu, video itu juga menunjukkan seorang lelaki cuba memadamkan api yang marak menggunakan pemadam api tetapi gagal.
Dalam perkongsian TikTok lain menunjukkan perspektif lain daripada saksi di tempat kejadian di mana kereta yang marak dalam kebakaran itu mengundur ke belakang menuruni bukit.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan keadaan mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.