Ingatkan Lari Dari Kemalangan, Rupa-Rupanya Mangsa Maut Tercampak 10 Meter

Kehidupan

Ingatkan Lari Dari Kemalangan, Rupa-Rupanya Mangsa Maut Tercampak 10 Meter

Ajal di tangan Allah SWT. Sebagai manusia perkara tersebut tidak dapat diketahui dan dielakkan kerana semua yang hidup pasti akan merasai mati.

Itulah yang terjadi dalam kemalangan yang membabitkan sebuah keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai berbuka puasa di rumah ibu di Kampung Kalai yang meragut nyawa dua mangsa.

Advertisement

Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan itu berlaku pada pukul 10.45 malam di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, dan mangsa Mohd Hazlan Ibrahim@Saleh, 33, meninggal dunia manakala isteri dan dua anak perempuannya berusia enam dan lapan tahun cedera parah.

Seorang lagi mangsa yang pada awalnya disangkakan melarikan diri juga terkorban setelah dia ‘hilang’ di lokasi kejadian. Mayat Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, berjaya ditemui pada jam 7 pagi oleh ahli keluarga di dalam longkang kira-kira 10 meter daripada lokasi kemalangan.

Berdasarkan maklumat daripada Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata bahawa Proton Wira yang dipandu oleh Muhamad Baijuri terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Proton Wira yang terbabas itu dikatakan melanggar Perodua Alza yang dipandu oleh Mohd Hazlan yang datang dari arah Batu Melintang ke Jeli dan difahamkan bahawa Mohd Hazlan sekeluarga baru sahaja selesai berbuka puasa di rumah ibunya.

Shuhaimi juga menerangkan pada awalnya pemandu Proton Wira tidak dijumpai di lokasi dan cuba dikesan oleh pihak polis tetapi gagal. Namun, mayat mangsa berjaya dikesan oleh ahli keluarga 10 meter daripada lokasi kemalangan.

Kedua-dua mangsa yang maut akan dibawa ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat dan isteri kepada Mohd Hazlan berserta dua anak mereka akan dirawat di Hospital Tanah Merah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

2 years ago

"Ingatkan Kemalangan Biasa, Rupanya Terkorban..." - Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka, Undang Rasa Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...