“Ingatkan Kemalangan Biasa, Rupanya Terkorban…” – Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka, Undang Rasa Sebak

Berita

“Ingatkan Kemalangan Biasa, Rupanya Terkorban…” – Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka, Undang Rasa Sebak

Kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu petang semalam telah meragut empat nyawa manakala dua lagi parah.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku hanya kira-kira satu jam sebelum berbuka puasa pada 6.22 petang. Kemalangan membabitkan sebuah van, dua kereta iaitu Proton Wira dan Proton Persona serta sebuah bas ekspress itu telah mengorbankan,

Advertisement
  • Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36 tahun
  • Muhammad Saufi Jusoh, 34 tahun
  • Mohd Shahlam, 37 tahun
  • Identiti mangsa ke-4 masih dikenal pasti

 

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, mangsa yang maut itu adalah penumpang dan pemandu van.

Sementara itu, dua yang parah merupakan pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, dan Nursilawati Said @ Nawang, 42 tahun.

Sementara itu, ibu salah seorang mangsa, Mohd Shalam berkata dia berasa tidak sedap hati dan tidak dapat menahan kesedihan sebaik terima berita tersebut.

Kata Che Rokiah Che Long, 65 tahun, van tersebut biasanya akan lalu kawasan rumah mereka sebelum anaknya pulag ke rumah.

Bapa Mohd Shalam pula berkata ketika menantu menghubunginya, dia tidak menyangka kemalangan itu meragut anak lelakinya itu.

Ketika menantu telefon, ingatkan anak hanya kemalangan biasa tetapi sangkaan itu meleset apabila anak disahkan meninggal dunia.”

Allahyarham Mohd Shalam meninggalkan isteri yang sedang hamil tiga bulan dan seorang anak berusia lima tahun.

Berita kemalangan ini mengundang sebak dan rata-rata netizen di media sosial mengucapkan takziah kepada keluarga semua mangsa.

kemalangan
2 years ago

"Seatbelt Belakang Juga Penting.." - Kanak-Kanak Perempuan Maut Tercampak Kereta Akibat Kemalangan Buka Mata Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...