(VIDEO) “Mana Satu Yang Ori? Tak Ada Beza” – Ramai Teruja Tengok Pak Ya Ada Kembar Seiras, Suara Pun Sama!

Hiburan

(VIDEO) “Mana Satu Yang Ori? Tak Ada Beza” – Ramai Teruja Tengok Pak Ya Ada Kembar Seiras, Suara Pun Sama!

Pelawak lagenda, Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat program komedi tempatan.

Pak Ya yang memulakan karier seninya menerusi program Sinaran Pasport Kegemilangan terus bersinar apabila menyertai kumpulan sitkom senario dan masih aktif menghiasi layar TV bersama-sama kumpulan Sepahtu kini.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan Pak Ya dilihat duduk bersama seorang lelaki yang mempunyai wajah seiras dengan dirinya di sebuah warung.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah kembar kepada Pak Ya yang bernama Sharkawi Shaharum.

Ramai sebenarnya tidak mengetahui pelawak itu mempunyai kembar seiras. Bukan sahaja rupa yang sama, malah suara mereka juga.

Meninjau ruangan komen, kembar Pak Ya adalah seorang pendidik dan juga merupakan seorang pengetua di sebuah sekolah menengah di Perak.

Berikutan itu, ramai netizen meluahkan rasa teruja dengan kewujudan kembar pelawak itu selain berseloroh jika Pak Ya pernah bertukar tempat dengan abangnya itu kerana pastinya ramai yang tidak menyedari gara-gara sama rupa paras dan suara!

Kak KM Liana rosli anak bidadari dari syurga
1 year ago

"Macam Tu Ke Pakaian Ahli Syurga?" - Liana Rosli Puji Anak Cantik Macam Bidadari Syurga, Lain Pula Pendapat Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...