“Macam Tu Ke Pakaian Ahli Syurga?” – Liana Rosli Puji Anak Cantik Macam Bidadari Syurga, Lain Pula Pendapat Netizen

Hiburan

“Macam Tu Ke Pakaian Ahli Syurga?” – Liana Rosli Puji Anak Cantik Macam Bidadari Syurga, Lain Pula Pendapat Netizen

Usahawan dan pensohor media sosial, Liana Rosli ataupun lebih dikenali sebagai Kak KM khabarnya sedang berada di Kota London bersama suami dan anak-anak untuk bercuti.

Seperti biasa, Liana yang juga anak kepada seniwati Normah Damanhuri ini sering memuat naik hantaran mengenai aktiviti harian mereka di media sosial untuk tatapan netizen.

Advertisement

Baru-baru ini, usahawan jamu itu dilihat memuji kecantikan anak perempuan yang diibaratkan seperti ‘bidadari dari syurga’.

Inilah yang kita namakan bidadari dari syurga. Tengok anak mama, hensem. Tengok anak mama, wah cantiknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nampaknya tidak bersetuju dengan kenyataan Liana Rosli.

Kata mereka, pakaian yang dipakai anak-anaknya itu tidak menggambarkan seorang ahli syurga kerana terlalu seksi.

Ya Allah, pakaian macam tu, disamakan dengan bidadari dari syurga.

Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan agar anak beranak ini dikurniakan hidayah daripada Allah S.W.T selain lebih istiqamah dan terbuka hati untuk berpakaian dengan lebih sopan dan menutup aurat.

Khai Bahar
1 year ago

"Kau Nak Kau Datang, Kau Tak Nak...." - Individu Dedah Khai Bahar Mainkan Hati Wanita, Menghilang Lepas Tabur Janji?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...