(VIDEO) “Mana Nak Lari” – Rampas Beg Dari Peha Wanita, 2 Peragut Diburu Polis

Kehidupan

(VIDEO) “Mana Nak Lari” – Rampas Beg Dari Peha Wanita, 2 Peragut Diburu Polis

Tular di media sosial, video rakaman dashcam memaparkan 2 orang lelaki dipercayai meragut seorang wanita di sebuah Restoran di Batu Caves, Selangor.

Menerusi video tersebut, seorang pemandu kenderaan berjaya merakam detik-detik peragut itu membawa lari sebuah beg tangan seorang pelanggan restoran.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 57 tahun yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

ragut

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek merupakan dua lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

Salah seorang suspek telah masuk ke dalam restoran dan merampas beg tangan mangsa yang berada di atas pahanya.

Suspek kemudian telah melarikan diri dengan menaiki motosikal yang menunggu di luar restoran tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan berharap suspek segera diberkas pihak polis.

Korang ingat boleh lepas ke? – netizen.

CCTV dalam restoran pun ada.. sekejap lagi dapat lah ni,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengalaman duduk flat b40
3 years ago

"Siap Bela Ayam, Karaoke Pukul 2,3 Pagi" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Kawasan Flat B40

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...