“Siap Bela Ayam, Karaoke Pukul 2,3 Pagi” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Kawasan Flat B40

Kehidupan

“Siap Bela Ayam, Karaoke Pukul 2,3 Pagi” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Kawasan Flat B40

Baru-baru ini, tulisan seorang individu bernama Asrul Muzaffar mengenai kisah hidupnya tinggal bersama di kawasan penduduk B40 telah tular dan menjadi topik hangat untuk dibualkan di media sosial.

Mengenakan tajuk 10 Memori Hidup Di Kawasan Biforti (B40), nukilan tersebut mengisahkan pengalaman dia menyewa di sebuah apartment B40 di Lembah Klang dan telah mewujudkan pelbagai kenangan untuk diingati sehingga kini.

Advertisement

Tulisnya, meskipun sewa yang dikenakan untuk sebuah unit rumah amatlah murah, sebenarnya mentaliti penduduk B40 yang sering diuar-uarkan pada hari ini sudah lama berlaku semenjak dahulu lagi.

Kata Asrul, perangai menanda atau ‘cop’ petak parkir seperti hak mereka sendiri telah sekian lama terjadi malah ada yang menternak segala haiwan ternakan seperti ayam itik di dalam kediaman yang sedia kecil dan sempit itu.

Advertisement

Selain itu, tabiat meninggalkan sampah dan tidak membuangnya dengan betul sehingga menimbulkan bau busuk juga sering berlaku, gangguan bunyi daripada motosikal milik penduduk dan kecurian yang sangat kerap dilaporkan terjadi.

lif b40Sumber : Google  

Ada yang beli mesin karaoke, melalak sampai tengah malam perasa suara dia macam Siti Nurhaliza. Budak-budak B40 pula lepak kat taman depan blok, gelak kuat-kuat sampai 2-3 pagi.

Cermin kereta kena pecah dua kali. Mungkin budak penagih nak curi duit kecil dalam kereta. Peliknya sistem audio mereka tak curi. Cuma duit syiling atau duit not RM1 dan RM5 yang ada dalam kereta.

Setelah beberapa lama, Asrul kemudiannya mengambil keputusan untuk pindah ke tempat yang lebih baik, namun tetap mengalami masalah namun berbeza gaya.

“Kondo M40 pun ada juga masalah tapi masalah 1 sampai 10 yang kat atas tu dah tak ada dah. Yang jadi masalah bila ada yang mengelat bayar maintenance fee atau tree huggers yang tak bagi trim pokok walaupun dah jadi sarang nyamuk.” jelasnya lagi.

extend rumah flat haram
1 bulan lalu

"PBT 'Tutup Mata' Ke?"- 'Extend' Rumah Flat Sesuka Hati, Netizen Gelar 'B40 Kayangan'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...