Boleh dikatakan setiap pelancong yang kunjung ke negara Malaysia akan memuji makanan yang dimakan kerana mempunyai rasa yang sangat luar biasa.
“Makanan Malaysia tak sedap”
Tular di platform X satu video memaparkan rakyat Jepun menjawab pertanyaan hos mengenai negara manakah yang mereka tidak suka dan benci.
Hal yang membuatkan netizen Malaysia berasa berang apabila seorang lelaki Jepun itu memilih negara Malaysia sebagai tempat yang tidak ada dikunjungi lagi kerana mendakwa makanan disini tidak sedap.
— @ (@anthraxxx781) January 2, 2024
Netizen ‘serang’ di ruangan komen
Sememangnya komen ‘pedas’ itu tidak dipersetujui oleh netizen Malaysia dan merasakan pandangan lelaki itu tidak masuk akal.
Bahkan, merasakan lelaki Jepun itu pergi ke kedai makan yang salah untuk merasai makanan Malaysia.