(VIDEO) “Macam Sihir Je..” – Gerai Mi Viral Jadi Tumpuan, Netizen Hairan Masakan Panas Ada Ulat

Berita

(VIDEO) “Macam Sihir Je..” – Gerai Mi Viral Jadi Tumpuan, Netizen Hairan Masakan Panas Ada Ulat

Semalam, viral di media sosial TikTok apabila seorang individu telah mendakwa gerai mi yang popular dengan lauk sotong bersaiz besar di sebuah bazar Ramadan terkandung ulat yang membuatkan netizen berasa mual.

Individu itu juga turut menggesa agar Perbadanan Putrajaya mengambil tindakan di atas laporan tersebut yang difahamkan berlokasi di Bazar ramadan Putrajaya Presint 3.

Advertisement

Dalam video tersebut, individu itu menunjukkan sotong yang didatangkan bersama mi tersebut mempunyai ulat yang banyak di atasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa geli melihatkan video terbabit namun ada juga yang membuat spekulasi bahawa gerai itu sebenarnya disihir.

Aku rasa mungkin kena sihir, kesian owner, orang viralkan, takut tak ada sambutan, tapi nak buat macam mana.

Ini berikutan gorengan dan sotong tersebut masih berada dalam keadaan panas dan tidak mungkin ulat dapat hidup dalam keadaan tersebut.

Dalam pada itu, ada juga yang menyalahkan individu itu yang berkemungkinan menyimpan lama juadah tersebut atau membiarkan ia terdedah.

Macam mana ada ulat? Time dia bungkus tu pun nampak asap sebab masih panas. Beli 5.20, buka dalam 7.20 macam tu dan ambil masa 2 jam. Kalau lalat bertelur, ambil masa paling kurang 8 jama untuk telur tu jadi ulat.

Berikutan tularnya video tersebut, Perbadanan Putrajaya telah mengeluarkan kenyataan di mana mereka telah mengeluarkan notis Amaran dibawah UUK 30(1)(c), Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WP Putrajaya) 2016 terhadap gerai tersebut di atas kesalahan gagal memastikan kawasan tapak menjaja dalam keadaan bersih.

kantoi shopping pakai kad curi
2 years ago

"Kebas Sampai Licin" - Wanita Dedah Pencuri 'Kantoi' Guna Kad ATM Miliknya Untuk Shopping Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...