Seorang wanita baru-baru ini telah membuat pendedahan di Facebook mengenai seorang lelaki didakwa mencuri kad ATM miliknya untuk kegunaan membeli-belah di butik terkemuka.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Haziqa Asyiqin ini, lelaki itu telah mengambil kad ATM yang tertinggal dan kemudiannya menggunakan sistem paywave kad tersebut untuk ‘shopping’ sakan.
Gelagat lelaki itu turut dirakam menerusi CCTV di beberapa buah butik yang memaparkan dia sedang menggunakan kad tersebut untuk melakukan pembayaran.
Kata wanita itu lagi, dia tidak berniat untuk membuka aib namun lelaki itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menyerahkan kembali kad ATM tersebut kepada dirinya kerana lelaki itu mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyarankan agar wanita tersebut membuat laporan polis bagi mengesan siapakah lelaki itu memandangkan rakaman CCTV juga telah dapat ‘menangkap’ wajah individu tersebut.
Dalam pada itu, ramai juga yang merasa gusar dengan sistem paywave berikutan ia terlihat senang untuk sesiapa saja membuat pembayaran di mana-mana terminal meskipun sudah dicuri oleh individu lain.
Anonymous
April 14, 2022 at 4:34 pm
ada limit laa paywave tu utk setiap wave
kalau pegi mydin beli barang dapur pun, bila lebih 4ratus dia kne masuk pin
so org tu shopping kt tempat sendu yg hrga less than 400 je
Rakyat marhain
April 15, 2022 at 8:20 am
lagi sendu yg komen ni, shopping dkt mydin je ptt la blh dpt rm400. org shopping jaya grocer, village grocer laaaa
Anonymous
April 15, 2022 at 4:58 pm
Paywave memang ada limit… x kira shopping kt mana pun.. bila dah over limit (by default: Rm250) kena masuk pin utk terus wave…