Baru-baru ini viral di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Cik Aufa yang memaparkan sebuah rawatan dinamakan sebagai light therapy atau terapi lampu yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit strok.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa pesakit yang sedang baring bersama lampu berwarna-warni diletakkan di atas badan mereka.
Menurut testimoni yang dikongsikan, terdapat pesakit yang mampu pulih dalam tempoh yang singkat iaitu sepantas 2 jam rawatan sahaja.
Sehingga kini, video itu telah mendapat 490.1K tontonan, 6.9K tanda suka, dan 718 komen di aplikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang mempersoalkan keberkesanan terapi lampu itu dan ada juga yang mengatakan tidak salah untuk mencuba sekadar ikhtiar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.