“Orang Lain Pun Bayar!” – Trend Pakai Tanjak Tonton ‘Mat Kilau’ Jadi Perdebatan Netizen

Hiburan

“Orang Lain Pun Bayar!” – Trend Pakai Tanjak Tonton ‘Mat Kilau’ Jadi Perdebatan Netizen

Sedia maklum, filem Mat Kilau telah mendapat sambutan yang hangat daripada para penonton dan disebabkan itu, filem ini muncul sebagai filem melayu epik dengan jumlah kutipan tertinggi semasa hari pembukaannya.

Barangkali berasa terlalu teruja untuk menonton filem yang mengetengahkan konsep pahlawan Melayu, tmemakai busana Melayu tradisional seperti memakai tanjak semasa menonton filem ini di pawagam telah menjadi trend.

Advertisement

Namun, siapa sangka trend memakai tanjak ini telah menjadi perdebatan orang ramai kerana merasakan ianya kurang sesuai untuk dipakai di pagawam kerana saiznya besar menghalang orang dibelakang untuk menonton.

pakai tanjak tonton mat kilau

Isu yang dibangkitkan ini telah menjadi perdebatan para netizen, dimana ada yang tidak kisah jika penonton ingin memakainnya, namun ada juga yang tidak berpuas hati kerana ia menganggu penonton untuk tonton dengan tenang.

Dalam pada itu, ada juga netizen berpendapat memakai pakaian tradisional ke pagung wayang sememangnya berlebihan.

komen facebook

Jika meninjau di ruangan komen, ramai yang memberi pandangan masing-masing mengenai trend ini. Ada berpendapat boleh memakai tanjak tersebut, namun dibuka semasa sedang menonton agar tidak menghalang pandangan orang di belakang mereka.

Sekadar info, filem Mat Kilau merupakan filem Malaysia terpantas yang meraih RM12,200,000 dalam masa 4 hari tayangan sahaja.

mak wan latah sihir balas
2 bulan lalu

"Orang Tak Tahu, Hanya Bercakap Je.."- Dituduh Amalkan Ilmu Syirik, Mak Wan Jawab Dakwaan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...