“Orang Tak Tahu, Hanya Bercakap Je..”- Dituduh Amalkan Ilmu Syirik, Mak Wan Jawab Dakwaan Netizen

Hiburan

“Orang Tak Tahu, Hanya Bercakap Je..”- Dituduh Amalkan Ilmu Syirik, Mak Wan Jawab Dakwaan Netizen

Kecoh di media sosial sejak semalam mengenai video daripada seorang individu yang mendedahkan pelakon veteran Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud sering mengamalkan ilmu hitam bagi tujuan sihir.

Ia sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai dakwaan itu terhadap Mak Wan sama ada dia benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu atau sekadar gimik drama semata-mata.

Advertisement
Mak wan latah didakwa buat benda syirikSumber : TikTok  

Individu yang menyebarkan video itu difahamkan merupakan bekas pengurus peribadi aktres itu dan dia turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit serta barang kemas miliknya yang didakwa telah diambil oleh Mak Wan.

Enggan mendiamkan diri, Mak Wan dilihat ada ‘menjawab’ dakwaan bekas pengurus peribadinya itu dengan menitipkan pesanan secara umum.

Dalam satu hantaran berbeza yang kemudiannya dipadam, Mak Wan memaklumkan bahawa dia ingin berehat daripada menggunakan media sosial seperti Live, Instagram, Facebook seperti yang dilakukannya sebelum ini.

…sebab Mak Wan dah tak larat lagi dengan kecaman yang Mak Wan dapat. Fitnah Mak Wan melarikan duit, sihirkan orang, nusyuz pada suami..

Orang tak tahu, orang akan bercakap apa je kan. Insya-Allah bila keadaan dah reda nanti, Mak Wan come back balik ya. Doakan kesihatan Mak Wan, sebab Mak Wan pun tak berapa sihat sekarang.

Terdahulu, pelakon yang terkenal dengan watak ‘mak-mak’ ini menjadi bahan bualan netizen apabila kisahnya bercerai dengan suami hanya setelah 3 bulan mendirikan rumah tangga.

Bekas suami Mak Wan mendakwa sebagai seorang yang tidak menghormati suami dan mempunyai perilaku yang buruk ketika masih dalam tempoh perkahwinan.

Mak wan latah didakwa buat benda syirik
2 years ago

"At Least Aku Tak Acah Suci!" - Bekas PA Dah Tak Boleh Diam Diri, Dakwa Mak Wan Latah Selalu Buat Ritual Syirik?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...