Kecoh dua tiga hari kebelakangan ini mengenai isu curang antara pelakon Hafidz Roshdi bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada.
Kisah kecurangan itu difahamkan diceritakan sendiri isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri di Instagram sehingga menimbulkan pelbagai respon yang rata-ratanya berasa terkejut dengan pendedahan itu.
Terbaru, Shuhada dilihat ada memuat naik foto kenangan bersama suaminya itu di TikTok dengan kapsyen yang ternyata meruntun jiwa netizen.
Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi awat memerlukan.
Tidak lama kemudian, wanita itu ada memuat naik video Hafidz bersama anak-anak dengan keterangan doa.
@nurulshuhada58
Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin.
Sebelum itu, Hafidz yang tidak tampil memberikan penjelasan penuh hanya memuat naik foto dirinya dengan kapsyen yang menyentuh tentang sifat manusia yang sering melakukan kesilapan.
Dia dalam pada itu sempat meminta orang ramai di luar sana untuk tidak meninggalkan solat meskipun sering berkelakuan jahat.