“Bini Dia Lagi Lawa…” – Netizen Akhirnya Ketemu Siapa Wanita ‘Penyondol’ Rumah Tangga Hafidz Roshdi?

Trending

“Bini Dia Lagi Lawa…” – Netizen Akhirnya Ketemu Siapa Wanita ‘Penyondol’ Rumah Tangga Hafidz Roshdi?

Makin hangat kisah ‘penyondol’ dalam kalangan rakan artis apabila hari ini media hiburan digemparkan dengan berita kecurangan pelakon lelaki Hafidz Roshdi di media sosial.

Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada isteri Hafidz Roshdi, Shuhada telah memberi ‘hint’ tentang siapakah insan ketiga yang telah mengganggu rumah tangga pelakon itu dan isterinya.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa seorang wanita bernama Athira Yuhada merupakan wanita yang sedang ‘hangat’ dicari netizen pada ketika ini.

Hantaran tersebut menjadi tular di Facebook dan meninjau ruangan komen, ada yang mendakwa wanita berkenaan sudah pun bernikah dengan Hafidz Roshdi.

Hafidz

Sementara itu, pelakon lelaki itu hanya memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan foto dirinya sendiri dengan kapsyen “tengah komen kat bawah ke tu?” sebagai respon terhadap kontroversi yang menimpa dirinya pada ketika ini.

Hafidz Roshdi
2023-02-16 10:15:23

“Thank You Awak Sebab Layan DIA..” - Isteri Akhirnya Dedah Hafidz Roshdi Curang Di Instagram?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter