(VIDEO) Libas Pakai Selipar, Tular Video Lelaki Terajang Gadis Di Sabah, – “Mendidih Aku Tengok!”

Berita

(VIDEO) Libas Pakai Selipar, Tular Video Lelaki Terajang Gadis Di Sabah, – “Mendidih Aku Tengok!”

Tular di media sosial apabila satu rakaman video memaparkan seorang gadis telah dipukul dan diterajang oleh seorang remaja lelaki dipercayai berlaku di negeri Sabah.

Dalam video yang menjadi viral di Twitter itu, mangsa dilihat telah disepak di bahagian muka dan diterajang pada bahagian perut dan paha.

Advertisement

Malah, lelaki itu turut mencabut sebelah seliparnya sebelum melibas ke arah mangsa.

Video tersebut turut mendapat perhatian selebriti Neelofa dan juga pengarah Michael Ang di mana mereka ada memuat naik video itu kembali ke media sosial masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa panas hati dengan tindakan remaja lelaki itu yang sangat melampau dan boleh mendatangkan kecederaan kepada orang lain.

Walaupun kalau perempuan tu buat benda salah, kau tak payah la pukul anak orang macam tu. Apa nak jadi dengan dunia ni?

Dalam pada itu, ada juga yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan menahan dan mencari siapa si pelaku tersebut agar dikenakan hukuman sewajarnya.

Tolong tangkap budak ni. Hebat sangat ke pukul anak orang? Kalau mati budak tu macam mana.

Terdapat beberapa individu mendakwa kedua-dua remaja itu merupakan adik beradik dan terdapat salah faham di antara mereka sebelum terjadinya insiden itu.

belasah remajaSumber : Twitter  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Bapa Yang Bayar.." - Kes Tikam Adik, Mahkamah Benarkan Kakak Diikat Jamin RM10K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...