“Bapa Yang Bayar..” – Kes Tikam Adik, Mahkamah Benarkan Kakak Diikat Jamin RM10K

Berita

“Bapa Yang Bayar..” – Kes Tikam Adik, Mahkamah Benarkan Kakak Diikat Jamin RM10K

Sebelum ini, seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-Kanak atas pertuduhan bunuh tanpa niat sehingga menyebabkan kematian adiknya di Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri.

Menurut laporan Kosmo, remaja perempuan berusia 18 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Advertisement

Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah Mohd. Yunos telah mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Sementara itu, peguam mewakili tertuduh memohon ikat jamin dikurangkan kerana tertuduh masih lagi remaja dan tidak ada sebab untuk melarikan diri.

Kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM).

Mahkamah membenarkan remaja perempuan itu diikat jamin RM10,000 yang dibayar seorang penjamin iaitu bapa kandungnya selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Info tambahan, mahkamah menetapkan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ibu, Nanti Kakak Masuk Neraka Sorang-Sorang Ke? Kakak Tak Sengaja" - Ibu Cerita Kisah Sebenar Kakak Tertikam Adik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...