Baru-baru ini tular di media sosial TikTok satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Afifah Ml memaparkan situasi di dalam wad di sebuah hospital.
Menerusi hantaran tersebut, Afifah yang sedang menemani anaknya di wad tersebut telah merakamkan bunyi dengkuran oleh seorang pesakit yang berada di sebelah katil anaknya.
Akibat bunyi dengkuran yang terlalu kuat, wanita itu sehinggakan tidak dapat tidur dan terpaksa berjaga pada waktu malam.
Ini kalau hari hari macam ni letih la. Entahlah dengar jelah sendiri sampai habis.
Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat perhatian orang ramai dan meraih 118.1K tontonan, 4.0K tanda suka, dan 538 komen di aplikasi TikTok.
@afifah.ml Ini kalau hari hari macam ni letih la nokk. Entahlah dengar jelah sendiri dampai habis ? #fyp? #storytime #berdengkur
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi dan mempertahankan individu tersebut kerana menganggap dengkuran bukan sesuatu yang boleh dikawal.
Hurm… dia pun tak mintak tidur bunyi sampai macam tu sekali.. – netizen.
“Saya salah seorang yang diuji tidur berdengkur.. kadang kami segan nak lelapkan mata kerana dengkuran.. kami tidak diminta untuk berdengkur sewaktu tidur,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.