“Trend Ke Buka Aib Suami?” – Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Hanya Tinggalkan Tulang Ikan, Reaksi Netizen Lain Pula

Kehidupan

“Trend Ke Buka Aib Suami?” – Isteri Luah Rasa Kecewa Suami Hanya Tinggalkan Tulang Ikan, Reaksi Netizen Lain Pula

Kadang kala kaum suami sering mengambil ringan apabila emosi si isteri tidak stabil dan menganggap ia sebagai satu perangai ‘mengada-ngada’ apabila hal remeh juga ingin diperbesarkan.

Jika wanita itu dikurniakan pasangan yang memahami, sememangnya ia satu perkara yang amat indah, namun jika sebaliknya, pasti sudah banyak hal yang membuatkan si isteri ‘makan hati’.

Advertisement

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri serta ibu di TikTok ini, dia menceritakan perangai suaminya yang amat mementingkan diri.

Melalui perkongsiaan video itu, difahamkan ketika wanita itu sedang menyusukan anaknya, dia berasa teruja apabila mengetahui si suami membakar ikan untuk dijadikan lauk santapan pada hari itu.

Apakan daya, mereka tidak dapat makan bersama kerana wanita itu belum siap menyusukan anaknya. Bagaimanapun, setelah selesai menyusukan anak, wanita ini meletak harapan yang tinggi untuk memakan ikan bakar terbabit tetapi alangkah kecewanya apabila mendapati ikan tersebut hanya tinggal tulang.

komen tiktok

komen tiktok

Tetapi, apabila melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza iaitu wanita terbabit tidak perlu untuk menceritakan hal rumah tangga di dalam media sosial dan menasihatinya agar menggunakan platform terbabit dengan bijak.

Kebanyakkannya kurang senang dengan perbuatan wanita itu berkongsikan hal seperti itu kerana seakan-akan mengaibkan suami sendiri.

Dalam pada masa yang sama, ada juga meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang amat memahami diri mereka dan tidak bersifat mementingkan diri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

rumah zalina azman
5 bulan lalu

"Pelik Dan Menakutkan" - Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Rumah Zalina Azman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 25, 2022 at 1:41 pm

    Ya Allah Kesian dia… aku faham perasaan tu… bila ko dah start luah kan… itu tanda nya.. perkara tu dah start sampai border……… sis harapkan lebih bersabar.. dan try rujuk dgn kaunseling.. in sya allah akan jumpa jalan penyelesaian……

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...