(VIDEO) “Lepas Gian” – Polis Siasat Penunggang Motosikal ‘Wheelie’ Dengan Kelajuan 280 Km/j

Berita

(VIDEO) “Lepas Gian” – Polis Siasat Penunggang Motosikal ‘Wheelie’ Dengan Kelajuan 280 Km/j

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

Menerusi video tersebut, turut dilihat panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j).

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, polis telah mengenal pasti individu terlibat dalam video yang dipercayai berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

motor

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya tersebut.

Suspek adalah seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan dia telah dihubungi.

Menurut Kamarul Rizal, satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut megecam tindakan mereka yang dianggap berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Buatlah lagi, cepat sikit boleh bertemu Allah taala,” tulis seorang netizen.

“Malang tidak berbau, apa-apa boleh jadi, kan naya polis cari, cari penyakit,” tulis seorang pengguna media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

YB selamatkan diri ketika banjir
2 years ago

Kenderaan Bantuan Ditenggelami Air, Netizen Pertikai YB Tak 'Pelawa' Mangsa Naik Bot?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...