Kenderaan Bantuan Ditenggelami Air, Netizen Pertikai YB Tak ‘Pelawa’ Mangsa Naik Bot?

Berita

Kenderaan Bantuan Ditenggelami Air, Netizen Pertikai YB Tak ‘Pelawa’ Mangsa Naik Bot?

Keadaan di negeri Pantai Timur sekarang ini amat membimbangkan dengan keadaan paras air banjir semakin hari semakin meningkat dan lebih menyedihkan, bantuan untuk disalurkan kepada mangsa juga tergendala akibat paras air yang menyukarkan bantuan masuk ke dalam.

Biarpun keadaan sekarang ini sedang gentir, masih ada isu-isu yang tidak enak didengari berhubung dengan individu ternama seperti YB yang mementingkan diri ketika menghadapi musibah ini.

Advertisement

Terbaharu, tular sebuah video menampakkan tindakan seorang individu warga tua yang dipercayai merupakan orang penting di dalam kampung terbabit ketika kenderaan yang dinaiki terkandas.

Perkara yang membuatkan ianya menjadi satu isu apabila beliau didakwa meninggalkan mangsa-mangsa lain yang berada dalam kenderaan terkandas yang sama, sementara itu dirinya menaiki bot terlebih dahulu untuk menyelamatkan diri.

Dilihat dalam video terbabit, bot yang dinaiki masih mempunyai banyak ruang untuk mangsa-mangsa lain naiki, dimana ketika itu mereka semua sedang berusaha memanjat bumbung kenderaan kerana paras air semakin tinggi.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan YB terbabit dan menyifatkan dirinya mementingkan diri, namun ada juga netizen merasakan mungkin kerana umurnya sudah lanjut, kerana itu beliau diutamakan dulu.

Sedar akan kekecohan yang berlaku, individu tampil menjelaskan bahawa beberapa minit kemudian ada bot kedua yang datang menyelamatkan mangsa-mangsa di atas kenderaan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

terengganu
2 years ago

"Kenapa Tak Ada Orang Viralkan?" - Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...