Sebelum ini, pempengaruh Kasih Iris Leona menegaskan bahawa kenyataan diberikan oleh bapanya, pelakon Azhar Sulaiman tidak mencerminkan pendiriannya tentang Palestin.
Terbaru, video ‘sneak peek’ dimuat naik oleh satu akaun portal hiburan yang memaparkan Leona dalam satu temu bual telah meraih perhatian warganet.
Nampak depan mata orang Palestin dikasari
Menerusi temu bual itu, Leona telah berkongsi pengalamannya menjejakkan kaki di West Bank sebelum ini di mana dia berpeluang melawat Masjid Al Aqsa.
Kata Leona, hanya pelancong sahaja dibenarkan masuk dan ketika lawatan tersebut dia menyaksikan kekerasan terhadap orang awam Palestin dengan mata kepalanya sendiri.
Mereka hanya bagi pelancong masuk. Diorang sangat sangat sangat jahat terhadap orang Palestin. Saya nampak lebih daripada 10 orang kena pukul. Mereka hanya berjalan dan tentera Israel pukul je.
Dia turut akui berasa sedih apabila memikirkan kejadian kekerasan dilihatnya itu adalah apa yang rakyat Palestin perlu lalui setiap hari.
View this post on Instagram
Lagi bijak daripada bapa
Meskipun hanya video pendek, namun ia meraih banyak tontonan dan ramai warganet memuji Leona kerana cara percakapannya mencerminkan kebijaksanaan.
Rata-ratanya menyindir Azhar Sulaiman dan berkata Leona lebih bijak daripadanya malah ada yang meminta agar pempengaruh itu ‘mengajar’ bapanya tentang isu Palestin.