(VIDEO) Lelaki ‘Misteri’ Sembunyi Dalam Almari Bilik Hotel, Pengawal Keselamatan Direman Positif Dadah

Kehidupan

(VIDEO) Lelaki ‘Misteri’ Sembunyi Dalam Almari Bilik Hotel, Pengawal Keselamatan Direman Positif Dadah

Sebuah perkongsian media sosial baru-baru ini telah membuatkan ramai orang terutamanya golongan wanita berasa fobia kerana aspek keselamatan mereka ketika menginap di hotel seolah-olah telah terancam.

Ini berikutan sebuah video yang dimuat naik oleh wanita yang dikenali sebagai Sarah di TikTok memaparkan seorang lelaki ‘misteri’ telah bersembunyi dalam bilik hotel yang ditempahnya bersama keluarga.

Advertisement

Dalam video itu, lelaki itu tiba-tiba sahaja keluar dari almari pakaian yang disediakan pihak hotel dan berlagak tenang seperti tidak melakukan sebarang kesalahan.

Bahkan, lelaki itu juga berkelakuan aneh dan ingin berbincang secara baik kerana dakwanya itu semua hanyalah salah faham.

Difahamkan, lelaki itu terlibat dengan urusan ‘langgan’ wanita dan telah berjaya masuk ke dalam bilik Sarah dengan menggunakan ‘master key’.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan perasaan trauma buat Sarah dan juga seriau dalam kalangan netizen yang melihatkan video tersebut.

Perkembangan lain, lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan polis seperti makluman Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud.

Suspek yang berumur awal 20-an itu bekerja sebagai pegawai keselamatan dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Dia juga didapati positif dadah jenis Methaphetamine.

wanita dipukul suami hingga mati
2 years ago

'Update' Kecurangan Suami Di Media Sosial, Wanita Dipukul Hingga Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...