Lapor Utusan Online, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri akibat dipukul oleh suaminya sendiri gara-gara mendedahkan kecurangan pasangannya itu di media sosial.
Insiden tragis itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah flat di Batu 9, Kajang pada hari Ahad lalu.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat pegawai perubatan Hospital Kajang berikutan mangsa telah dihantar ke sana dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Perkara tersebut turut disahkan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan yang memaklumkan bahawa mangsa yang berumur 28 tahun itu telah disahkan meninggal dunia setelah dihantar suaminya ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Siasatan dijalankan dan mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan kaki, tangan dan senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.
Kata Zaid lagi, suami si mati yang bekerja sebagai mekanik itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi dakwaan membunuh.
“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek marah dengan mangsa berikutan arwah telah memuat naik dalam media sosial mengenai hubungan sulit suspek.” katanya lagi.
Pruuttt
May 10, 2022 at 9:47 pm
Yg laki satu hal. Yg bini pun satu hal. Nilah bahana media sosial. Cter dlm kain semua nk upload. Kan ke lubang kubur sudahnye.
mimi
May 9, 2022 at 11:31 am
Miskin pun ada hati nak skandal, dahtu belasah bini. Suami tu helok jangan jadi manusia la weh. Para suami kalau nak curang pastikan duit berkepuk ye. Kalau duit takat kais kais ayam je, baik takyah la wei. Tenaga nak curang tu bagus lagi salurkan ke bekerja.
Anonymous
May 8, 2022 at 4:56 pm
Miskin punnn nk ada skandal. Hahahahha… igt keje bagus rumah besar harta banyak. Yg skandal pun bodoh. Dh laa laki org. Baran. Miskin plak.