200 Buah Kenderaan Terkandas, Gara-Gara Stesen Minyak Habis Petrol

Berita

200 Buah Kenderaan Terkandas, Gara-Gara Stesen Minyak Habis Petrol

Lapor Astro Awani, kira-kira 200 buah kenderaan telah terkandas di sebuah stesen minyak di Setiu pada Jumaat gara-gara kehabisan petrol.

Menurut seorang pengguna, Azuddin Yusoff, dia telah bergerak pulang ke Pahang dari Kelantan namun terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang semalam.

Advertisement

Menjengah ke tengah malam hari yang sama, dia bersama pengguna jalan raya yang lain masih ‘tersangkut’ di stesen minyak berkenaan.

Dia dalam pada itu meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan mengharapkan pihak berkuasa atau pihak stesen minyak mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Manakala penyelia stesen minyak bertugas, Hafikir Zaki tampil memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna jalan raya.

Lori yang menghantar minyak telah datang tapi kerana kesesakan yang berlaku, kenderaan bergerak perlahan, sepatutnya sampai lebih awal tapi kerana kereta banyak jadi tergendala.

Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak telah tiba bagi mengisi tangki yang kosong di stesen minyak tersebut.

kebakaran di kelantan, mercun bola
2 years ago

"Dah La Tak Ada Air.." - Bahana Mercun Bola, Enam Buah Rumah Di Kelantan Hangus Terbakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...