Pada zaman sekarang pelbagai cara yang digunakan untuk memuaskan nafsu membuatkan ramai orang berasa tidak selamat mahupun di tempat-tempat tertutup.
Sesetengah orang bertindak di luar kotak pemikiran semata-mata untuk mendapatkan video-video yang tidak senonoh tanpa kebenaran atau izin seseorang individu.
Melalui perkongsian di TikTok oleh @majoritiofficial, video menunjukkan seorang lelaki yang meletakkan telefon miliknya di selipar dijangka untuk mengintai pengunjung pasar daripada bawah.
Kejadian yang dikatakan terjadi di Pasar Tani Seri Kembangan itu membuatkan ramai yang berasa tidak senang dengan motif lelaki berkenaan mengikat ‘phone’ miliknya di selipar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai orang yang mengambil peluang berseloroh dan menyindir perbuatan lelaki tersebut yang dikatakan terlalu ‘obvious’ dalam usahanya untuk merakam video yang tidak senonoh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.