(VIDEO) Tangan Merayap Dan Cubaan Intai Ke Saf Perempuan, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) Tangan Merayap Dan Cubaan Intai Ke Saf Perempuan, Tindakan Lelaki Ini Dikecam Netizen

Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang berada di sebuah surau dilihat sedang membuat cubaan mengintai mengunnakan tangan dan kaki di bahagian saf perempuan.

Video TikTok yang kemudiannya dimuat naik ke Twitter ini kemudiannya mengundang perasaan geram dalam kalangan warga maya yang ‘panas hati’ melihat tindakan lelaki dipercayai warga emas itu.

Advertisement

Dalam video tersebut, lelaki itu pada awalnya cuba memasukkan tangannya sedikit ke saf wanita dan seperti ‘mencari’ sesuatu.

Lelaki itu kemudiannya ada membuat cubaan mengangkat langsir yang memisahkan saf lelaki dan wanita sehingga menimbulkan perasaan kurang selesa dalam kalangan jemaah wanita.

TiktokSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap lelaki itu cuba mengambil kesempatan dan juga tidak menghormati kesucian bulan Ramadan.

Ada juga yang sudah tidak mampu untuk berhusnudzon kerana masih ada orang yang berniat jahat meskipun berada di rumah Allah.

“Pijak je. Orang datang masjid/surau untuk beribadah. Lain pulak kau ni.” tulis seorang netizen.

tauke soh manfaat kulit bawang
2 years ago

(VIDEO) “Jangan Buang Tau..” - Wanita Kongsi Fungsi Kulit Bawang Yang Ramai Tak Tahu!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...