(VIDEO) Lelaki Juga ‘Datang Bulan’, Dikenali Sebagai Sindrom IMS

Kehidupan

(VIDEO) Lelaki Juga ‘Datang Bulan’, Dikenali Sebagai Sindrom IMS

Satu perkongsian video TikTok daripada @everlifefarmasi mungkin membuatkan anda ‘terkejut’ kerana orang lelaki sebenarnya turut mengalami sindrom ‘datang bulan’, sama seperti kaum wanita!

Kata wanita yang difahamkan seorang ahli farmasi itu, lelaki turut mengalami perubahan hormon yang dipanggil Irritable Male Syndrome (IMS).

Advertisement

Ini berikutan hormon yang terdapat dalam tubuh badan lelaki menjadi tidak stabil, yang mungkin berpunca daripada stress, lapar dan kurang belaian kasih sayang.

Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut, terdapat pelbagai cara seperti memberi ruang dan melayan mereka dengan baik.

Dan menurut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka namun bagi lelaki, ketidakstabilan hormon agak sukar untuk diketahui berbanding kaum hawa.

Selain itu, IMS ini juga boleh memberi kesan kepada orang lelaki yang berketerampilan seperti seorang wanita, seperti berasa cemas, terlebih sensitif, mudah marah dan cepat tersinggung.

IMS ini juga dapat mempengaruhi perubahan fizikal lelaki selain kurang ghairah, sakit belakang dan juga simptom sakit kepala.

tular wanita luah makanan
3 years ago

(VIDEO) "Demi Content" - Bagi Suami Makan Bekas Makanan Yang Diluah, Wanita Ini Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...