(VIDEO) Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam

Berita

(VIDEO) Lelaki Disamun Dan Dipukul Geng Motosikal Di Setia Alam

Seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan tangan dan topi keledar. Mangsa mengalami lebam pada bahagian pipi, mata serta luka pada tangan kanan dan kiri.

Video kepada kejadian tersebut juga turut dikongsi di media sosial Twitter dan telah ditonton lebih 100,000 pengguna.

Advertisement

Menurut laporan UtusanTV, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4:30 pagi di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13, Setia Alam.

Mangsa dikatakan kerugian sebanyak RM50 dan telefon bimbit jenis Huawei Nova 4 berserta dompet yang mempunyai beberapa dokumen penting.

Motosikal mangsa juga telah dicuri oleh kumpulan lelaki india yang tidak dikenali dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

TRICK
2 years ago

(VIDEO) "Hati-Hati Ni 'Trick' Samun" - Pemandu Terakam Wanita Terbaring Atas Jalan Cetus Spekulasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : UtusanTV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...