(VIDEO) “Hati-Hati Ni ‘Trick’ Samun” – Pemandu Terakam Wanita Terbaring Atas Jalan Cetus Spekulasi

Kehidupan

(VIDEO) “Hati-Hati Ni ‘Trick’ Samun” – Pemandu Terakam Wanita Terbaring Atas Jalan Cetus Spekulasi

Tular di media sosial Twitter dan TikTok apabila seorang pengguna berkongsi rakaman video ketika dia sedang memandu dan sempat merakamkan kejadian aned di sebuah jalan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat susuk tubuh seorang wanita yang tiba-tiba terkeluar dari kereta dan terbaring di atas jalan.

Advertisement

Lebih membimbangkan, keadaan jalan pada ketika itu sangat sunyi serta pada waktu malam yang gelap membuatkan pemandu tersebut ragu-ragu untuk memberhentikan keretanya.

TRICK

Namun, meninjau diruangan komen, rata-rata netizen memberi amaran bahawa situasi itu mungkin helah baharu untuk menyamun pengguna jalan raya.

“Kes ni banyak dekat sana, bapak aku banyak kali nampak orang baring dekat jalan macam ni minta bantuan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, ada juga yang berpesan agar pengguna jalan raya lain berhati-hati sewaktu memandu dikawasan sunyi terutamanya kaum wanita.

“Untuk keselamatan diri sendiri especially Girls, kalau nak tolong kita terus call polis. Jangan melulu keluar dari kereta sebab kita tak tahu apa sebenarnya terjadi,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Naik Hummer Atas Karpet Merah, Humble La Sangat" - Netizen Kritik 'Tweet' PM Pasal Sultan Brunei

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...