(VIDEO) “Leceh Jugalah Bawa Orang Tua Pergi Mall” – Netizen Terhibur Zain Gurau Kasar Dengan Che Ta

Hiburan

(VIDEO) “Leceh Jugalah Bawa Orang Tua Pergi Mall” – Netizen Terhibur Zain Gurau Kasar Dengan Che Ta

Pasangan selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta dan suami, Zain Saidin sering membuatkan ramai peminat terhibur disebabkan gelagat lucu mereka.

Video mereka berdua yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, meraih perhatian dan mencuit hati warganet selepas Zain dilihat selamba ‘gurau kasar’ dengan isterinya itu.

Advertisement

che ta
3 months ago

“Tergamak Kata Muka Kami Macam Dato Vida” - Netizen Terhibur Dengan Bebelan Che Ta, Muka Disamakan Dengan DSV & Sajat

 

Bawa ‘orang tua’ jalan jalan

Pada awal video, Zain memberitahu pendapatnya ketika mengunjungi pusat membeli belah yang baru dibuka, TRX dan katanya, ada perkara yang melecehkan.

Tambah Zain, apa yang menyukarkan adalah apabila dia perlu membawa ‘orang tua’ jalan jalan di dalam mall tersebut sebelum memusingkan kamera ke arah Che Ta yang dilihat duduk di atas airwheel yang berfungsi seperti scooter.

Kami first time datang mall TRX. Tapi sebenarnya benda yang leceh jugalah kalau kita bawa orang tua mai mall haa dia tak larat nak jalan.

che ta zain

 

Nak carikan wheel chair untuk Che Ta

Selepas bertanya mahu berjalan ke arah mana, Zain kemudian teruskan berseloroh dengan mengatakan dia mahu membantu Che Ta dan mencari kerusi roda.

Ramai peminat pasangan itu yang terhibur dengan video tersebut dan memuji Zain serta Che Ta yang sporting selain turut terhibur dengan gelagat aktres berkenaan.

@rozitachewan1 Besaq sgt TRX ni weiiiii, jenuh menapak dr satu kedai nk p kedai lain🤣🤣🤣 Time ni lah nk explore #airwheel ni weiiii.. .. Tua tk pa janji CEKANG ‼️‼️‼️. . #fyp #airwheel #cheta #rcw ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...