“Tergamak Kata Muka Kami Macam Dato Vida” – Netizen Terhibur Dengan Bebelan Che Ta, Muka Disamakan Dengan DSV & Sajat

Hiburan

“Tergamak Kata Muka Kami Macam Dato Vida” – Netizen Terhibur Dengan  Bebelan Che Ta, Muka Disamakan Dengan DSV & Sajat

Pelakon jelita, Rozita Che Wan sering mencuri perhatian dengan hantaran dimuat naiknya kerana ramai gemar mendengarnya berceloteh dalam bahasa utara.

Baru-baru ini, isteri kepada Zain Saidin itu membuatkan ramai terhibur selepas dia dilihat membebel apabila wajahnya disamakan dengan dua individu lain.

Advertisement

 

Tergamak samakan macam DSV

Menerusi video itu, Che Ta memberi respon selepas ada yang meninggalkan komen mengatakan rupa parasnya sama seperti usahawan Dato Seri Vida dan Sajat.

Amboiiii, tengok video kami (saya) tak mekap tergamak kata muka kami macam Dato Vida.

Kata Che Ta, banyak kategori yang sudah tentunya tiada persamaan seperti umur, tinggi dan berat selain features di wajahnya juga tidak sama seperti dua usahawan terbabit.

 

Tang mana hampa kata sama?

Che Ta turut bertanya kepada pengikutnya yang memberikan komen itu untuk memberitahunya bahagian manakah yang disamakan dengan Sajat dan Dato Seri Vida itu.

Tang mana yang hampa kata sama sangat tu. Kami nak hampa komen tang mana muka kami sama.

@rozitachewan1 Cer komen sat tang mana yg sama sgt tu muka kami dgn dato vida dan jgk sajat😬😜 . Hat nk sama cekang dgn kami , wajib pakai serum dkt muka ! Hat nk rawat kulit tu Wajib Jgk .. tk dak yg sunat kalau nk cantik arghhh gitiew.. . #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw #cekangjelita #cekangsampairaya #fyp ♬ Cintaku Sampai Ke Ethiopia – Noraniza Idris

Bebelan Che Ta itu membuatkan ramai yang terhibur  malah ada yang berkata wajahnya dengan DSV sangat jauh beza tetapi mungkin ada sedikit iras seperti Sajat.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...