Seperti yang ramai tahu, penyanyi berbakat besar iaitu Aina Abdul telah merangkul Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup, malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan penyanyi berusia 29 tahun itu memegang trofi Juara beserta wang tunai sebanyak RM100,000.
Bukan itu sahaja, Aina turut memenangi anugerah Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Susulan itu, rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Semalam itu atas kemenangan besar yang diperolehinya selepas hampir empat tahun berada dalam industri hiburan.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah video lama Aina dari 5 tahun lepas yang telah dimuat naik semula dan tular di laman Twitter.
Menerusi hantaran tersebut, video berkenaan memaparkan penyanyi itu sewaktu bakatnya masih tidak mendapat perhatian orang ramai dan seolah-olah tidak dihargai industri hiburan.
For those who are wondering why Aina Abdul got teary just now, this interview of her from 5 years ago says it all. #AJL37 pic.twitter.com/zLgalPaukH
— Pop Crave Asia (@heize81) February 12, 2023
Meninjau di ruangan balas, ramai pengguna media sosial telah meluahkan rasa kagum dan terinspirasi melihat usaha penyanyi berasal dari Johor Bahru itu.
Bahkan, mereka turut memuji semangat Aina yang dikatakan tidak pernah berputus asa dalam mencapai impiannya sehingga memperolehi kejayaan pada hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.