“Cari Penyakit Kau Ni!” – Baju Warna Kulit Undang Perhatian, Netizen ‘Mengucap’ Tengok Busana Janna Nick Di AJL37

Hiburan

“Cari Penyakit Kau Ni!” – Baju Warna Kulit Undang Perhatian, Netizen ‘Mengucap’ Tengok Busana Janna Nick Di AJL37

Sejak disiarkan secara langsung, semalam, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) telah menjadi topik yang trending di serata platform media sosial.

Bukan saja finalis yang membuat persembahan pada malam berkenaan menjadi tumpuan netizen, malah barisan artis lain yang hadir bagi memeriahkan anugerah berkenaan juga menjadi bualan ‘hangat’.

Advertisement

Pelakon serta penyanyi, Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang menjadi kecaman ramai kerana busana yang dipakai olehnya pada malam semalam di AJL37.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Biarpun memakai baju inner, namun jika dilihat dari pandangan jauh, dia seakan-akan memakai busana ‘terbuka’ kerana inner berkenaan sama dengan warna kulitnya.

Netizen merasakan penyanyi lagu Gatal itu sengaja berpakaian sedemikian kerana mahu ‘memancing’ orang ramai bercakap tentang dirinya dan ramai melabelnya sebagai attention seeker.

komen netizen

Sekadar info, sebelum ini ada saja pakaian yang dipakai oleh Janna Nick membuat netizen tidak senang duduk kerana terlalu terdedah, namun selebriti tersebut sama sekali tidak kisah dengan kecaman yang diterima.

Janna Nick
2021-09-08 10:13:15

"Saya Takkan Padam" Dikecam Pakai Baju Nampak Dada, Janna Nick Terima Dengan Hati Terbuka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram