Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang wanita mendakwa terdapat virus HIV dalam vaksin COVID-19 terutamanya dos penggalak.
Kata wanita itu, dia merasakan bahawa virus COVIC-19 ini sebenarnya tidak wujud dan dia juga khabarnya telah menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan bukti bahawa COVID-19 ini bukanlah sekadar bakteria atau virus, namun tidak dibalas.
Part 2 pic.twitter.com/jNXu4XHMac
— Memer (@amer__aljeffrey) February 25, 2022
Ujarnya dalam video tersebut, terdapat beberapa perkara yang diselindung oleh kerajaan mengenai hal sebenar di sebali COVID-19 ini dan ianya seperti dirancang oleh pihak-pihak tertentu.
Tambah wanita itu lagi, vaksin berstatus halal sebenarnya tidak pernah wujud dan dia turut ‘memetik’ kajian daripada sumber yang tidak dapat dipastikan yang mengatakan bahawa vaksin COVID-19 ini mempunyai sel binatang malah turut dimasukkan pelbagai virus kedalamnya seperti contoh, virus HIV.
Malah, dia turut menggesa orang ramai yang menerima suntikan vaksin COVID-19 terutamanya dos penggalak untuk membuat ujian pengesanan HIV kerana menurutnya sudah ramai yang dilaporkan telah dijangkiti penyakit itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya merasakan wanita itu sekadar bercakap ‘merapu’ dan hanya mendengar daripada sumber yang tidak tepat, kemudian menyampaikan info yang salah dan mengelirukan kepada masyarakat.
Ramai juga yang menganggap wanita itu seolah-olah ‘baru bangun dari tidur’ kerana wabak COVID-19 ini secara terang-terangan telah meragut ramai nyawa semenjak ianya menular di seluruh dunia sekitar tahun 2019 yang lalu.