“Apa Keb*dohan Ni?” – Pelajar Hangat Bercinta Rancang Kahwin Di Siam, Sanggup Abai Ibu Bapa

Hiburan

“Apa Keb*dohan Ni?” – Pelajar Hangat Bercinta Rancang Kahwin Di Siam, Sanggup Abai Ibu Bapa

Seolah-olah menjadi ‘trend’ pula sejak kebelakangan ini apabila ramai yang mengambil keputusan untuk bernikah di usia yang muda.

Mungkin sudah jodoh, ramai generasi muda mahu menamatkan zaman bujang di usia 20-an meskipun masih bergelar pelajar atau belum mempunyai pekerjaan yang stabil.

Advertisement

Semalam tular di media sosial Twitter apabila sebuah akaun iaitu TwtWedding ada memuat naik tangkap layar pertanyaan daripada seorang individu yang ingin menamatkan zaman bujang dengan cara bernikah di Thailand.

Difahamkan, individu tersebut masih bergelar pelajar dan masih ditanggung oleh ahli keluarga mereka.

Kalau soal duit, dua dua dapat duit belanja cukup dari parents. Plan nak buat (kahwin) di Siam sebab masalah wali.

Kami plan nak umum perkahwinan dan nikah betul lepas habis belajar dan dah stable. Jadi soalan saya ada apa lagi tak yang perlu saya risaukan sebelum kahwin dengan cara macam ni?

Persoalan individu tersebut ternyata telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang membincangkan keperluan berkahwin awal dan juga kepentingan wali dalam sesebuah pernikahan.

Kata netizen, hukum wali dalam soal nikah kahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main kerana ia akan memberi kesan dalam jangka masa panjang.

Kahwin siamSumber : Google  

“Lepas tu hidup berpuluh tahun, tanpa tahu pernikahan itu tidak sah. Bila anak-anak dah besar nak nikah atau pembahagian harta akan timbul banyak kesulitan.” komen warga maya.

Malah, tindakan individu itu yang seolah-olah membelakangi ibu bapa dalam keputusan untuk bernikah itu turut menerima kecaman netizen.

“Kalau saya di tempat parents korang berdua, hancur hati. Dah la membesarkan korang semua, semua benda diberi, tapi bila tiba urusan perkahwinan urusan paling besar dalam hidup, kami dibelakangkan. Nauzubillah. Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang. Kecewa.” tulis seorang netizen.

Pusat Zakat
2 years ago

"Macam Tak Ada Iman.." - Burukkan Pusat Zakat Demi Duit, Guru Ini Tegur Sikap 'Orang Susah' Minta Bantuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...