“Macam Tak Ada Iman..” – Burukkan Pusat Zakat Demi Duit, Guru Ini Tegur Sikap ‘Orang Susah’ Minta Bantuan

Kehidupan

“Macam Tak Ada Iman..” – Burukkan Pusat Zakat Demi Duit, Guru Ini Tegur Sikap ‘Orang Susah’ Minta Bantuan

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang wanita mendakwa dia dan ibunya yang kini lumpuh ada membuat permintaan bantuan daripada pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun dinafikan.

Berikutan video tersebut, pihak JKM dan pusat zakat di Perak dilaporkan ada membuat siasatan lanjut dan mendapati wanita tersebut ada menyembunyikan beberapa fakta sebenar sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

Seorang guru yang juga aktivis yang aktif mengendalikan isu kebajikan menerusi NGO miliknya iaitu Pertubuhan Kebajikan Danakita, Mohd Fadli Saleh turut berasa terpanggil untuk mengulas mengenai isu tersebut.

 

Kata Fadli, dia pernah mengalami situasi yang sama di mana banyak ‘orang susah’ yang bersikap tidak jujur dan sikap masyarakat yang mudah percaya dengan sebarang berita tanpa menyelidik dan mendapatkan info yang sebenar terlebih dahulu.

Ada segelintir orang suka tokok tambah cerita dan sorok apa bantuan yang dah dapat. Macam isu viral ugut nak ke gereja mohon bantuan, dia tak cerita banyak dah bantuan dia dapat.

Pusat ZakatSumber : Facebook  

Mengambil contoh satu kisah benar, Fadli bercerita dia pernah berhadapan dengan kes seorang wanita yang mendakwa sangat susah namun memiliki ‘side income’ serta dihantar wang oleh si suami pada setiap bulan.

Yang kena tempias adalah pusat zakat, JKM dan seumpamanya. Jika bena susah dan layak, maka akan dapat hak itu. Namun jangan sampai ugut konon nak ke gereja. Macam tak ada iman pula.

@dyanamohammed3

saya merayu sgt korang utk #bantu #share #video sehinga #pihak #jkm #jkmmalaysia #zakat nmpak #kesusahan kami nie .tq #fyp #fyp?

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Banyak sebenarnya kisah mereka yang suka meminta-minta, berbohong demi seciput duit.

Terdahulu, sebuah video menjadi tular di mana wanita yang mendakwa dirinya sudah terlalu lama menunggu bantuan pihak zakat sambil menangis teresak-esak.

Wanita itu turut berhasrat untuk mendapatkan bantuan daripada pihak gereja kerana kelewatan menerima bantuan daripada pihak sepatutnya.

wanita kecewa 2 tahun tunggu bantuan zakat
2 years ago

"Kami Sangat Susah.." - Wanita Terpaksa Merayu, 2 Tahun Tunggu Proses Bantuan Zakat Untuk Ibu OKU

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...