Baru-baru ini tular di laman Instagram, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Clarence dan Angie iaitu pasangan suami isteri yang merupakan streamer sepenuh masa di Singapura.
Menerusi hantaran tersebut, pasangan itu telah berkongsi detik mencemaskan apabila mereka secara tiba-tiba diganggu oleh seorang aunty yang sedang memakai facial mask ketika sedang membuat live stream.
Difahamkan, pada ketika itu mereka sedang duduk untuk makan di kawasan itu sambil membuat live, namun tanpa sebarang alasan, aunty tersebut meminta untuk memadamkan live dan menendang bungkusan makanan mereka berdua.
Walaupun sudah mengetahui segala tindakannya itu dirakam menerusi live, mak cik berkenaan langsung tidak takut dan mula membuat provokasi dengan mengekori pasangan suami isteri itu.
Sebagai langkah keselamatan, suaminya telah menghubungi pihak polis namun secara tiba-tiba mak cik itu mula melakukan perkara aneh dengan menjerit mengeluarkan bunyi burung serta secara tiba-tiba menyanyi.
@mustsharenews Reply to @diceyup ? + ? #mustsharenews #tiktoksg #sgnews
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan mak cik itu yang disifatkan kurang adab dan sengaja mengganggu ketenteraman orang awam.
Kalau saya kena begini, I slap her back sebab rude – netizen.
“Then after that acah-acah gila.. Pandai berlakon,” tulis seorang pengikut.
“Hope you guys are okay, what a weird lady!!!,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.